Tudung Farreeda


salam /// jemaah ayah. tadi ayah pusing2 bandar bangi, ternampak dari jauh rombongan mujahidin berselerak di depan kedai ex ayah masa form 3 dulu. tanpa banyak bicara ayah terus kona dan masuk CIMB cucuk duit nak derma. sebelom derma ayah tanya dulu.

ayah : assalamualaikom cik, dari mana dan ape tujuan sampai rakus tidor depan kedai ni? hotel2 x de ke, dah macam pelarian ayah tengok

makcik : wasalam lop. jika kail panjang sejengkal, jgn memancing di lautan dlm.. bukan kami x mampu nak sewa hotel, tapi kalau kami terlewat nanti tudung habis.

ayah : kat bangi memang 1 kedai ni je ke yang jual tudung jilake?

makcik : ni tudung lain sikit lop. banyak kelebihan dia. boleh nampak cantik, limited, kalis api, terhakis dari radiasi sinaran uv dan mampu terhindar dari serangan chidori.

*ayah terus start moto yamaha ayah dan blah.

Sumber: https://www.facebook.com/pages/Abdul-Rani-Kulup-Fans/1468432083444354?fref=photo



Maaflah...saya sebagai suami memang mengharamkan tudung Farreeda dari dipakai oleh isteri dan sekalian ahli rumah saya kerana beberapa sebab:
1) menggalakkan tabarruj...tarikan orang yang melihatnya.

2) tudung terlalu singkat walau menutup dada tapi di depan saja...macam mana pula di belakang?

3) Mawar sendiri pernah cakap tudung yang dihasilkannya fokus untuk keuntungan...so buat apa saya beli jika orang yg mengeluarkannya bukan ikhlas utk agama

4) Harga terlalu mahal dan bagi saya ianya suatu pembaziran sedang dalam Islam, sesuatu yang wajib tidak perlu dimahalkan harganya atau disukarkan perlaksanaannya...itu pandangan saya...orang lain up to you...

5) Design - honestly i dont like the design, malas nak komen creativity org lain, yang pasti untuk wife saya, setiap pagi sebelum wife bergerak ke tempat kerja saya akan cek pakaiannya untuk hari itu, labuh pakaian, struktur dan jenis kain...kalau ketat, singkat, jarang atau saya rasa tak manis pada mata saya, saya suruh tukar. It is not about mengawal atau mengongkong, tapi dosa isteri saya, saya yang tanggung, sekiranya ada lelaki lain melihat isteri saya dgn nafsu, saya yang akan menanggung dosanya. Bila wife tanya, saya akan jawab, tanggungjawab saya untuk mendidik dia dalam semua benda...

6) Saya jenis yang suka kesederhanaan - saya tak suka wife saya melebih2 berpakaian, sederhana lagi baik, sweet and adorable. Yang penting aurat diutamakan penutupanya.

7) Ada bonggol di kepala - selalu saya perhati orang yang pakai Tudung Fareeda pasti ada bonggol...yg ni tak tahu salah siapa, mungkin pemakai atau mungkin design tudung Fareeda yang seperti itu kut...apapun...Nabi melarang orang membonggolkan diri...(tak reti nak guna perkataan apa)

Bagi saya...tudung yang baik ialah apabila tudung yang sama bukan sahaja menutup rambut malah leher, bahu sehingga ke dada mengikut apa yang digariskan dalam Al Quran surah Tudung...plus tak nampak bentuk badan....

"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka”. (An-Nur : 31),

“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anakmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka menghulurkan (melabuhkan) jilbabnya (tudung kepala yang labuh menutupi dada) ke tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenal dan tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Ahzaab: 59)

Saya taklaa pandai sangat bab agama, namun saya cuma melihat dari sudut USAHA LAKSANAKAN

Maaf...antara perkara pertama yang saya syaratkan untuk isteri saya usai akad nikah suatu masa dahulu ialah...NO TUDUNG FAREEDA in our house... Alhamdulillah, wife masih berpegang teguh dengan senarai do and dont yang saya pernah bagi kepadanya usai akad nikah...


Sumber: https://www.facebook.com/Gerald.ariel?fref=ufi