Ibu Kuat Berleter, Anak Lebih Berjaya


GOLONGAN ibu yang kuat membebel dan bersikap cerewet terhadap kelakuan anak permpuan mereka dikatakan cenderung untuk membentuk anak yang lebih cemerlang berbanding ibu pendiam.

Penyelidik mendapati, para ibu yang menetapkan standard tinggi kepada anak-anak gadis mereka dikatakan cenderung untuk memiliki anak yang berpelajaran tinggi dan bergaji besar.

"Leteran ibu ada banyak betulnya. Biarpun  anak akan memberontak ketika dimarahi, namun mereka akan memikirkan kembali tindakan itu sama ada memberi kesan baik atau buruk," kata salah seorang penyelidik.