Bagaimana Mahu Tahu Sama Ada Bisnes Kita Sebenarnya Untung Atau Rugi

1. Salah satu kesilapan feveret kami sepanjang zaman bisnes adalah tidak invest masa belajar CPS – cost per sale.
Apakah kos sebenar setiap jualan kami selepas kami ambil kira segala kos tersembunyi seperti Overhead dan Advertising?
2. Dua tahun pertama kami jalankan bisnes, memanglah kami main itemmargin paling nipis. Tapi, duit dalam kantung tidak berkembang mana.
Ada bulan kami susah nak pusing modal. Ada masa jualan tinggi dan ada masa jualan rendah – ini normal.
Dan kami tahu, kalian juga berdepan situasi serupa.
3. Ini kisah Siti, anak dara yang jual instant shawl.
Siti ada 5000 friends FB yang setia menjawab setiap sapaan good morning dan good night beliau.
Siti tidak menggunakan Paid Advertising seperti FB Ads. Beliau hanya guna profile FB, FB group dan WA group untuk menjual Instant Shawl.
4. Mengikut rekod, secara purata Siti menjual 100 helai Instant Shawl setiap bulan pada harga RM25/pc. Jualan Siti agak konsisten.
Dengan modal RM15/pc dan harga jual RM25/pc, Siti menjangkakan beliau untung RM1k sebulan.
Jika beliau duplikasi apa yang beliau lakukan mungkin boleh untung RM2k/bulan. Wow! Kalau triplikasi? Lol.
5. Siti menjalankan bisnes di rumah sahaja, dan kos overhead yang ditanggung beliau hanyalah topup telefon RM30, Internet RM100, gaji Siti RM1k.
6. Sekarang, mari kita kira, betulkah Siti untung RM1k setiap bulan? Kita susun semula semua info yang ada.
a. Overhead = RM1000 + RM100 + RM30 = RM1130
b. Advertising = RM 0
c. Unit jualan = 100pcs
d. Jangkaan untung = RM10 x 100pcs = RM1000
7. Selepas 2 tahun berniaga, duit dalam bank Siti tidak bertambah. Pusing-pusing dan habis leburkan semua stok pun, duitnya tidak berkembang. Cukup begitu saja, kadang-kadang sampai kosong semula akaun bank Siti. MENGAPA?
8. Kesilapan Siti dan kesilapan kami dulu, serupa. Kami tidak tahu kos sebenar setiap jualan kami.
Selepas belajar CPS, barulah kami tahu bahawa kami buat kesilapan besar.
Sekarang, mari kira kesilapan Siti. Kira kesilapan orangkan seronok. Tet.
9. CPS dikira mengikut bulan. Jadi setiap bulan, nilai CPS kita bakal berubah sebenarnya. Kerana kos advertising, kos produk dan jumlah unit terjual bertukar-tukar.
Contoh Siti adalah contoh anggaran untuk bantu kita faham. Berikut ialah formula CPS.
CPS = (Product + Overhead + Advertising) / Total Unit Sold
10. Sekiranya nilai CPS yang kita peroleh lebih KECIL daripada harga jualan yang kita tetapkan, maka kita UNTUNG. Sekirannya nilai CPS yang kita peroleh lebih BESAR daripada harga jualan yang kita tetapkan, maka kita RUGI!
Sekarang kita kira, Siti untung atau rugi?
10. Untuk kes Siti,
CPS = [ (100 x RM15) + (RM1130) + (RM 0) ] / 100
CPS = RM26.3
CPS > Harga Jual!
REALITINYA, bagi setiap Instant Shawl yang Siti jual, beliau rugi RM1.30.
Kalau 100 helai? RM130.
Kalau 1000 helai RM1300.
Kalau 2 tahun? RM3120!
Patutlah duit dalam kantung tidak membesar, rupanya duit disedut keluar oleh bisnes sendiri. Ini realiti yang ramai usahawan tidak mahu pandang.
11. Itu jika nilai CPS ialah RM26.3. Jika nilai CPS beliau RM35? Bukan ke beliau RUGI RM1000 setiap kali jual 100 helai?
12. Itu anggaran asas dan kasar.. Sekarang bayangkan jika:
Siti ada kedai, kedai pasang air-cond, ada bil api air.
Siti ada 1 staff bergaji RM1000.
Siti guna paid advertising FB Ads berharga RM1000 sebulan pada waktu ini.
Ekonomi teruk dan Siti tidak dapat maintain unit jualan seperti biasanya.
Siti gatal tangan nak cuba jual item baru yang lain kerana nampak barang itu sedang IN TREND.
Siti sibuk nak masuk kelas sana sini kerana yang disangkanya tak cukup semangat untuk berbisnes dalam dunia bisnes yang susah.
13. Siti dapat belajar mengurangkan keputusan BODOH dalam bisnesnya dengan belajar CPS. Dalam ebook CPS yang saya baca tu, pembaca diajar untuk kira CPS bagi 1 item, dan CPS jika kita jual lebih dari 1 item. Juga, disarankan cara untuk mengatasi masalah bocor ini.
14. Saya belajar ilmu ini daripada Tuan Izwan Wahab. Ebook CPS beliau boleh dibeli di sini : http://notabisnes.net/cps/
15. Beliau tidak upah saya apa-apa melainkan saya rasa sangat penting ilmu ini jadi banyak usahawan patut invest duit belajar ilmu ini. Daripada pergi kelas yang entah apa-apa, upsell lebih. Tet. Lagipun, jika keliru kira nanti, boleh e-mel tuan Izwan minta pandangan. Kan, bagus?
16. Masa ekonomi buruk ini, sudahlah kau bodoh CPS, kau ikut orang buang harga sebab kau rasa tak boleh buat apa… sebab semua orang turunkan harga.
17. Dalam buku Zappos, Tony Hsieh pesan, “Table selection is the most important decision you can make. Its okay to switch tables if you discover its too hard to win at your table. If there’s too many competitors (some irrational and inexperienced), even if you’re the best its a lot harder to win”.
18. Sebab itulah, bila kau faham CPS ni, kau boleh evaluate balik semua gerak kerja bisnes kau baik-baik.
Tidak semestinya orang jual tudung A, kau kena jual tudung A. Tahu di meja mana kau boleh MENANG. Menang sikit takpe, tapi pastikan kau confirmmenang.
19. Barulah style habis kau nak cakap, kita makan untung bilis sen-sen je. Tapi dalam situasi kau memang tahu apa kau cakap. Bukan setakat cakap sebab nak nampak cool.. walaupun overhead pun tak tahu, kah!
20. Akhir kata, belajarlah membina bisnes, selepas dah beberapa ketika kau belajar jual barang.