Pesanan seorang Pengetua baru-baru ini semasa perjumpaan waris dengan guru sekolah, bacalah surah ini ke dahi anak-anak setiap hari. Banyak kelebihannya...dan jika ada hutang berkaitan pelajaran anak-anak, maka jelaskanlah secepat mungkin demi keberkatan ilmu yg meresap masuk ke jiwa anak-anak kita. Jgn terdetik sedikit pun di dalam hati kita bahawa anak kita tidak boleh buat, tidak boleh berjaya atau akan gagal. Fikirlah yang baik-baik.
MANFAAT SURAH ALAM NASYRAH
1. Untuk ibu bapa yang rasa kesabaran tercabar dengan kerenah anak-anak, amalkan membaca ayat pertama dalam surah Alam Nasyrah (yang bermaksud: [1]
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ? ). Kemudian, tiupkan pada tapak tangan, dan sapukan di dada. Amalkan ini selalu, mudah-mudahan kita akan punya kesabaran, kekuatan dan semangat dalam mendidik anak-anak.
2. Untuk mereka yang rasa terbeban dengan apa-apa temasuk juga bebanan hutang. Bacalah ayat kedua dalam surah Alam Nasyrah ( yang bermaksud: [2] Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu?). Kemudian, tiupkan pada tapak tangan, dan sapukan di kedua belah bahu.
3. Untuk mengurangkan rasa malas, menjadi lebih bersemangat dalam apa jua pekerjaan, bacalah ayat ketiga dalam surah Alam Nasyrah (yang bermaksud: [3] Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?). Kemudian, tiupkan pada tapak tangan, dan sapukan di bhgn pinggul dan pinggang.
4. Ayat keempat dalam surah Alam Nasyrah (yang bermaksud: [4]Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu) adalah sesuai untuk diamalkan bagi mereka yang perlu bergaul dengan orang ramai atau lebih sesuai untuk kemasyuran. Boleh juga diamalkan oleh ibu bapa untuk mendapat perhatian daripada anak-anak. Baca ayat tersebut, kemudian tiupkan pada tapak tangan, dan sapukan di muka.
EmoticonEmoticon