Jaring Communications Sdn Bhd (JARING)


Syarikat penyedia perkhidmatan internet pertama Malaysia, Jaring Communications Sdn Bhd (JARING) akan ditutup secara rasminya tepat jam 12:00 tengah malam ini (22 Ogos 2015). Kelihatan trak-trak menunggu untuk memunggah keluar harta benda JARING ketika ini. 

Terkuburnya JARING dikaitkan dengan tindakan Kementerian Kewangan menjual syarikat ini kepada 'penyangak' yang menyedut wang dari JARING dan menambahkan hutang syarikat yang akhirnya menyebabkan syarikat ini terpaksa ditutup! Siapa menteri yang bertanggungjawab itu?!

Ikutilah puisi nukilan pengasas MIMOS/Jaring yang dikenali sebagai 'Bapa Internet Malaysia', Dr. Mohamed Awang Lah.

Selamat tinggal JARING

November sembilan puluh dua kau bermula
Setelah sedekad belajar dan mencuba
Mempelopori Internet untuk negara
Demi masa depan bersaing di dunia

Tanggal satu Januari empat belas lalu
Kau dijual kepada seorang penipu
Mungkin kerenah menteri wang tu
Apa tujuan tak siapa yang tahu

Jutaan wangmu disedut keluar
Bertambahlah hutang tak terbayar
Ramai pemiutang hilang sabar
Masuk mahkamah tutup diisytihar

Tahun lima belas, dua puluh satu Ogos
Nafas akhirmu terpaksa dihembus
Dua puluh tiga tahun bertungkus lumus
Memberi khidmat tanpa terputus

Walau cita murnimu belum kecapaian
Jasa dan baktimu tetap dikenang
Moga bekas wargamu dapat pembelaan
Demi meneruskan mata pencarian

Pemergianmu diiringi dengan sedu
Dalam hati banyak yang terbuku 
Namun tiada siapa nak ambil tahu
Semua sibuk kemelut nombor satu. 

'Bapa Internet Malaysia', Dr. Mohamed Awang Lah.