Harga nyawa TPP Kevin Morais hanyalah RM50,000!


oleh V Shuman

Bolehkah anda meletakan tanda harga ke atas nama seseorang? Nampaknya boleh. Nyawa TPP Kevin Morais yang dibunuh hanyalah berjumlah RM50,000.

Itulah jumlah yang dibayar kepada pembunuhnya- untuk menculik dan menanamnya dalam tong bersimen, Harian Metro melaporkan.

Memetik sumber, laporan itu berkata yang perkara itu diketahui selepas polis menemui RM32,000 wang tunai dalam suspek yang ditangkap kerana membunuh Morais.

“Jumlah yang ditemui adalah sebahagian bayaran yang diberikan untuk membunuhnya, dan polis juga menemui resit pembelian simen, daripada suspek.

“Dipercayai yang suspek, diketuai oleh pemilik bengkel, telah merancang menculik dan membunuh Morais sejak enam bulan lepas,” kata sumber itu.

Dalang disebalik pembunuhan Morais- seorang doktor, dipercayai mengamanahkan pemilik bengkel itu untuk melakukan kerja tersebut, yang kemudiannya mengupah pembunuh dari Kedah dan Pulau Pinang, untuk menculik dan membunuh Morais.

“Arahan itu diberikan melalui telefon.”
Lebih tragis, dipercayai yang Morais masih lagi bernyawa ketika dia dimasukan ke dalam tong berisi simen itu.

“Andaian itu dibuat kerana kurangnya kecederaan yang dapat dilihat badan mayat Morais.
“Bagaimanapun, polis akan menunggu laporan bedah siasat sebelum membuat sebarang kesimpulan,” kata sumber itu.

Morais, yang dilaporkan hilang pada 4 September dalam perjalanan ke pejabatnya, ditemui dalam karung guni yang diletakan dalam tong bersimen, dalam sebuah parit di Subang Jaya, pada 16 September.

Dilaporkan yang Morais adalah mangsa kesepuluh yang mayat ditemui dalam tong bersimen, sejak 1998.

Pembunuhannya dipercayai berpunca daripada kegagalan memberikan rasuah yang cuba dilakukan oleh doktor itu selama sembilan bulan, yang juga merupakan bekas kolonel tentera, yang terlibat dalam kes rasuah.

Morais terlibat dalam pendakwaan doktor berusia 52 tahun itu.
Cubaan untuk merasuah Morais, yang dikenali dalam kalangan rakan sejawat kerana integirit dan dedikasinya kepada tugas, gagal, menyebabkan suspek mencari jalan mudah untuk mendiamkan Morais.

Sehingga kini, polis telah menahan enam suspek.

Kejadian kejam itu menggemparkan negara. Sangat menakutkan memikirkan betapa kejam penjenayah sedia lakukan untuk menutup aktivit jenayah mereka.

Orang awam dirompak, ditetak, dirogol, ditembak, dan ditanam di siang hari dan apa yang kita dapat dari polis hanyalah “itu semua (kadar jenayah tinggi) hanyalah persepsi.”

Kadang kala, kita tertanya-tanya sekiranya kita hidup dalam negara yang tidak ada undang-undang.
Tetapi pujian patut juga diberikan kepada mereka yang berhak, syabas kepada polis yang “akhirnya” menyelesaikan kes Morais, tetapi kita masih tertanya-tanya sekiranya dia masih akan hidup sekiranya mereka bertindak dengan lebih pantas.

Keluarga mangsa telah menuduh polis melambat-lambatkan siasatan, kerana mereka hanya menyiasat rakaman CCTV untuk melihat penculikannya, empat hari selepas dia dilaporkan hilang.

Dikatakan dalam mana-mana jenayah, 48 jam pertama adalah masa paling mustahak untuk mendapatkan petunjuk dan panduan, tetapi entah mengapa, polis kita tidak mengetahui tips itu.

Kekecewaan keluarga Morais terhadap siasatan itu memuncak sehingga salah seorang ahli keluarganya menawarkan ganjaran RM100,000 kepada sesiapa yang boleh memberikan maklumat kehilangannya.

Kini mayatnya sudah dijumpai, mari berdoa yang keluarganya beroleh sedikit ketenangan, walaupun pahit.


Sumber: https://www.facebook.com/jane.j.iii.1/posts/124992197854725